Home Semasa Polis siasat Tajuddin tidak pakai pelitup muka semasa sidang media

Polis siasat Tajuddin tidak pakai pelitup muka semasa sidang media

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Polis telah menjalankan siasatan berhubung satu video tular menunjukkan Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak memakai pelitup muka semasa sidang media, selepas selesai meninjau insiden kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT), semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abidin Abdullah berkata, polis telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Tajuddin.

“Polis Dang Wangi menjalankan sisasatan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkutan) 2021,

“Kesemua yang terlibat dalam kes ini akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD) untuk memberi keterangan dalam masa terdekat,

“Kertas siasatan akan diserahkan ke pejabat pendakwa raya apabila siasatan selesai dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Tajuddin mengadakan satu sidang media selepas melawat lokasi tren LRT bertembung dalam terowong berhampiran KLCC. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!