KUALA LUMPUR, 26 Mei – Malaysia sekali lagi terus mencatat kes positif COVID-19 baharu tertinggi dengan 7,478 kes direkodkan sepanjang 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di media sosialnya berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes harian di Malaysia meningkat sebanyak 533,367 kes.
Menurutnya, Selangor terus kekal mencatatkan jumlah kes harian tertinggi, dengan 2,455 kes.
Ia diikuti, Kuala Lumpur (760), Sarawak (640), Johor (587), Kelantan (547), Kedah (542), Pulau Pinang (420), Negeri Sembilan (370), Perak (264), Melaka (230), Sabah (229), Terengganu (177), Pahang (171), Labuan (49), Putrajaya (29) dan Perlis (8).
Ini merupakan hari kedua, angka jangkitan melebihi paras 7,000 kes semenjak wabak ini melanda negara pada setahun lalu.
Semalam, negara mencatatkan kes harian baharu sebanyak 7,289 kes dengan 60 kematian direkodkan. – airtimes.my