Home Semasa Masih ramai ingkar PKP, 694 individu ditahan

Masih ramai ingkar PKP, 694 individu ditahan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Seramai 694 individu ditahan kerana ingkar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 685 individu dikompaun, 8 direman manakala seorang lagi telah dijamin.

Antara kesalahan ingar PKP termasuklah membabitkan tiada penjarakan fizikal (179), gagal merekodkan butiran diri atau daftar masuk premis (166) dan tidak memakai pelitup muka (129).

“Selain itu, kesalahan lain adalah mereka yang melakukan aktiviti merentas daerah atau negeri tanpa kebenaran (63), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (58) dan lain-lain kesalahan (99),” katanya dalam kenyataan mengenai pelaksanaan PKP, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pasukan petugas Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan sebanyak 70,972 pemeriksaan.

“Ia melibatkan 3,605 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 15,810 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP sepanjang PKP,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata Operasi Benteng (Op Benteng) yang diterajui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menangkap 5 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas 2 buah kenderaan darat dalam operasi tersebut.

“Dalam operasi itu juga, sebanyak 174 buah bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui 9 aktiviti penglihatan,” tambahnya.

Op Benteng yang melibatkan PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 504 Sekatan Jalan Raya (SJR).

“Operasi Penawar yang melibatkan ATM, PDRM dan RELA telah melaksanakan 407 SJR, Manakala Op Benteng PDRM (88) dan Op Benteng AKSEM (9),” jelasnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!