Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat pasang kawat duri, kawal lokaliti PKPD di Besut

Tentera Darat pasang kawat duri, kawal lokaliti PKPD di Besut

by Nurulhuda

BESUT, 24 Mei – Seramai 10 anggota Tentera Darat Malaysia dari Rejimen Ke-5 Artileri Diraja (5 RAD) telah diaturgerak membantu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memasang kawat duri di beberapa mukim di daerah Besut, semalam.

Pemasangan kawat tersebut adalah berikutan pengumuman kerajaan yang mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 22 Mei sehingga 2 Jun 2021 berikutan peningkatan kes positif COVID-19 yang mendadak di daerah berkenaan.

Pihak 5 RAD dalam hantaran dalam media sosial rasminya berkata, pemasangan sebanyak 5 gelung concertina wire tersebut telah diketuai oleh Sarjan Saiful Razali.

“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan 5 RAD khasnya sentiasa komited dan sedia untuk membantu Agensi Pengurusan Bencana Negeri Terengganu mengawal serta menyekat penularan COVID-19 dalam komuniti setempat di kawasan berisiko tinggi,

“Pasukan 5 RAD akan sentiasa bekerjasama dengan IPD Besut, 512 Rejimen Askar Wataniah (Rej 512 AW dan RELA bagi melaksanakan pemantauan secara berkala ke atas sekatan concertina wire yang telah dipasang bermula 23 Mei 2021 sehingga 2 Jun 2021,” tambahnya.

Sebelum ini. kerajaan telah mengumumkan sebanyak 15 mukim di Besut dikenakan PKPD berikutan peningktan kes jangkitan COVID-19 yang mendadak.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan 9 daripada 17 kluster aktif di negeri berkenaan membabitkan daerah Besut yang menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 dengan kadar kebolehjangkitan tinggi dalam komuniti.

Beliau berkata, pelaksanaan PKPD ini adalah untuk mengawal pergerakan penduduk di kesemua mukim seterusnya mengekang penularan jangkitan COVID-19 ke komuniti lain. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!