Home Semasa Ismail Sabri: Kasino di Genting Higlands diarah tutup serta-merta

Ismail Sabri: Kasino di Genting Higlands diarah tutup serta-merta

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, pengurusan Genting telahpun diarah menutup operasi kasino serta-merta.

Ismail Sabri berkata, beliau telah mengeluarkan arahan penutupan serta-merta ke atas kasino tersebut pada Jumaat lepas (21 Mei).

“Saya telah mengarahkan penutupan pada Jumaat lepas,” katanya seperti dipetik menerusi laporan portal berita The Vibes, semalam.

Beliau juga menegaskan, tindakan pengurusan Genting yang terus membiarkan kasino beroperasi adalah di luar pengetahuannya.

Pada 7 Mei, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 16 daripada 28 pelancong dari Alor Setar, Kedah yang mengunjungi Genting Highlands didapati positif COVID-19.

Namun, tiada pengesahan sama ada individu yang disahkan positif tersebut dijangkiti menerusi kasino terbabit.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) turut memaklumkan syarikat pelancongan yang membawa pelancong berkenaan pada 22 April lalu didapati mematuhi semua garis panduan Gelembung Pergerakan Pelancongan Bersasar Domestik yang ditetapkan. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!