Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin berkas 2 penyeludup, rampas minuman keras bernilai RM 9 ribu

Polis Marin berkas 2 penyeludup, rampas minuman keras bernilai RM 9 ribu

by Air Times News Network

LABUAN, 22 Mei – Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan berjaya memberkas 2 penyeludup minuman keras dipercayai tidak bercukai yang dianggarkan RM9,100 di perairan Tangjung Aru, hari ini.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Labuan, ASP Saidul Maruf Rosli berkata, pasukan dalam satu operasi telah terserempak dengan 2 buah bot dalam keadaan mencurigakan bergerak menuju ke Tanah Besar, Sabah.

“Bot tersebut diarahkan berhenti oleh PPM tetapi tidak diendahkan dan terus memecut laju melarikan diri,

“Walau bagaimanapun hanya sebuah bot berjaya ditumpaskan setelah karam, kerana bergeser dengan bot Polis Marin dan satu lagi berjaya meloloskan diri,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial PPM W4 Sabah, hari ini.

Juragan beserta seorang lagi krew bot yang karam, masing-masing berusia 47 tahun telah berjaya diselamatkan dan ditahan – Foto: PPM

Beliau berkata, juragan beserta seorang lagi krew bot yang karam, masing-masing berusia 47 tahun telah berjaya diselamatkan dan ditahan.

“Hasil pemeriksaan lanjut, plastik hitam yang terapung di air dipercayai mengandungi minuman keras tidak bercukai jenis Royal Stout dan Achor Stout,

“Nilai rampasan minuman keras termasuk cukai tersebut dianggarkan berjumlah RM9,100.00,

“Kedua-dua suspek telah ditahan dan minuman keras telah dirampas kerana melakukan kesalahan dibawah Sekysen 135 (1) (d), Akta Kastam 1967,” ujarnya.

Selain pada itu, beliau menegaskan operasi seperti ini akan dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan menguatkuasakan undang-undang maritim di sekitar perairan Labuan dan Tanah Besar Sabah supaya dapat mengekalkan ketenteraman awam. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!