KUALA LUMPUR, 22 Mei – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagi memastikan pergerakan dapat dikurangkan, sebanyak 80 peratus kakitangan kerajaan bekerja dari rumah (BDR) mulai Isnin ini.
Beliau berkata, strategi mengurangkan pergerakan tersebut secara keseluruhannya akan melibatkan seramai hampir 750,000 pekerjaan kerajaan.
“Maklumat lanjut akan diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini.
Selain itu, sektor swasta juga akan mengurangkan jumlah pekerja yang hadir pada satu-satu masa kepada hanya 60 peratus.
Manakala 40 peratus lagi akan BDR dan ini melibatkan seramai hampir 6.1 juta pekerja disektor tersebut.
“Seramai 7 hingga 8 juta pekerja tidak lagi perlu keluar bekerja dan kesannya amat besar serta akan memudahkan pemantaun dijalankan.
“Ini adalah salah satu dari dua strategi yang diperkenalkan bagi mengurangkan pergerakan orang ramai dalam PKP 3.0,” katanya. – airtimes.my