Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Rakyat susah, sampai ada kena jual buah pinggang – Wan Ahmad Fayhsal

Rakyat susah, sampai ada kena jual buah pinggang – Wan Ahmad Fayhsal

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=TjI6PzVI4V0[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 3 Apr – Ahli Parlimen pembangkang menuntut agar Kerajaan Persekutuan dapat memberi penjelasan yang sewajarnya mengenai isu mengeluaran Wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan, soalan dibangkitkan beliau naik dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada Khamis lepas namun tidak sempat dijawab Menteri Kewangan.

Tegasnya, beliau masih menunggu jawapan bertulis dari Kementerian Kewangan berhubung isu tersebut yang dakwanya sehingga kini masih belum diterima.

“Sebab dalam soalan saya itu, kalau tidak dapat beri keizinan untuk pengeluaran bersasar, apakah cadangan lanjut daripada kerajaan untuk membantu kerajaan untuk bantu rakyat yang susah, yang resah?

“Bahkan, sampai ada kena jual buah pinggang, yang datang berjalan dari Johor ke Istana Negara pada hari ini,

“Ini bukan perkara main-main, perkara besar yang melibatkan kepentingan umum. Malangnya, Kementerian Kewangan sampai sekarang, tiada lagi jawapan yang munasabah yang boleh kami berikan kepada rakyat,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu, hampir semua Ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan Rakyat sebagai tanda protes selepas usul dikemukakan untuk membincangkan pengeluaran KWSP secara bersasar ditolak.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, usul itu perlu dibahaskan hari ini kerana sidang Dewan Rakyat akan tamat esok, namun Timbalan Speaker Alice Lau Kiong menolak kerana keputusan sudah dibuat Speaker Johari Abdul. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!