Home Semasa Malaysia teguh pendirian sokong Palestin walau diugut

Malaysia teguh pendirian sokong Palestin walau diugut

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Kerajaan Malaysia sekali lagi menegaskan pendirian untuk terus menyokong aspirasi dan perjuangan rakyat Palestin yang diserang oleh rejim Israel sejak Selasa lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam kenyataan berkata, pihaknya memandang serius ancaman keselamatan yang dikeluarkan oleh Israel terhadap pemimpin-pemimpin pergerakan perjuangan Palestin yang berada di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

Sehubungan itu, beliau berkata, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi-agensi keselamatan lain telah meningkatkan kawalan keselamatan dari semua aspek bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan rakyat Malaysia, termasuk warga Palestin yang berada di dalam negara.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga mengambil maklum kewujudan organisasi yang mendukung dan menyokong aspirasi perjuangan rakyat Palestin di negara ini,

“Justeru, saya menyeru orang ramai untuk bertenang kerana keadaan keselamatan dalam negara adalah terkawal dan kekal berada di tahap yang baik,

“Kerajaan Malaysia sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk terus menyokong aspirasi dan perjuangan rakyat Palestin,” jelasnya.

Sebelum ini, tular di media sosial, di mana Malaysia dilaporkan menjadi sasaran pasukan perisikan Israel untuk melaksanakan operasi membunuh pemimpin HAMAS.

Menurut media Greek, perkara tersebut dinyatakan oleh pemimpin tinggi tentera di Tel Aviv mengarahkan pasukan khas dan perisikan Israel untuk melaksanakan operasi tersebut.

“Pihak siaran televisyen Israel turut menyatakan pasukan perisikan negara itu untuk melaksanakan serangan di Iran, Qatar, Malaysia, dan Turki,” kata laporan itu. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!