Home SemasaGlobal Malaysia, Indonesia dan Brunei bersatu kutuk kezaliman Israel

Malaysia, Indonesia dan Brunei bersatu kutuk kezaliman Israel

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Malaysia, Indonesia dan Brunei menggesa komuniti antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk bertindak segera bagi menghentikan keganasan rejim Israel.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau dalam satu panggilan telefon dengan Presiden Indonesia Joko Widodo, bersetuju bahawa tindakan kejam Israel itu mesti segera dihentikan untuk menyelamatkan nyawa rakyat Palestin.

Beliau berkata, Malaysia akan menerajui, bersama-sama dengan Indonesia dan Brunei, untuk mengeluarkan satu kenyataan bersama bagi mengutuk sekeras-kerasnya serangan zalim rejim Israel ke atas Palestin.

“Pihak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan Mesyuarat Tergempar Terbuka secara maya dengan Jawatankuasa Eksekutif OIC di peringkat Menteri-menteri Luar untuk membincangkan perkembangan terkini di Palestin yang dijangka akan berlangsung pada 16 Mei 2021,

“Kerajaan Malaysia akan diwakili oleh Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menyertai mesyuarat tersebut bagi menegaskan pendirian Malaysia terhadap situasi di Palestin,” katanya dalam perutusan khas mengenai situasi di Palestin, hari ini.

Dalam masa yang sama, Muhyiddin turut berkata, sehingga kini PBB masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan tentang keadaan semasa di Palestin disebabkan tentangan dari Amerika Syarikat.

“Penyelesaian terbaik kepada konflik Palestin dan Israel hanya boleh dicapai melalui rundingan bagi memastikan keamanan, keselamatan serta kestabilan serantau yang berkekalan,

“Malaysia menyokong penyelesaian yang adil dan saksama melalui Penyelesaian Dua Negara atau Two-State Solution berdasarkan garis sempadan sebelum tahun 1967, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin sebagai satu-satunya jalan penyelesaian terhadap konik Palestin-Israel,” tambahnya.

Menurutnya, Malaysia akan terus memberikan sumbangan secara dua hala kepada Palestin selain sumbangan kepada badan-badan antarabangsa.

Sehingga pagi tadi, seramai 126 orang awam di Gaza maut semenjak krisis bermula pada Isnin lalu. Angka ini merangkumi 20 orang wanita dan 31 kanak-kanak.

Selain daripada itu, sekitar 20 hingga 90 orang kumpulan bersenjata (Al-Qassam dan kumpulan lain) dilaporkan maut akibat bedilan Israel.

Di Israel, angka korban adalah melibatkan korban serangan roket Hamas dan juga rusuhan di dalam negara. Rusuhan turut dilaporkan berlaku di kawasan Tebing Barat dan kawasan Timur Baitulmaqdis (Jerusalem).

Sementara itu, seorang maut di selatan Lubnan ketika cuba merentas sempadan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!