Home Pertahanan dan Keselamatan 5,460 waris penerima PJM terima RM500 mulai Rabu ini

5,460 waris penerima PJM terima RM500 mulai Rabu ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Seramai 5,460 orang waris penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) yang telah meninggal dunia akan menerima bayaran RM500 secara ‘one-off’ bermula Rabu ini.

Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad dalam satu kenyataan berkata, pembayaran secara ‘one-off’ ini adalah bagi meringankan bebanan kos sara hidup pasangan penerima PJM terutamanya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Bagi menzahirkan penghargaan terhadap perjuangan warga ATM dalam menghadapi ancaman pengganas komunis, kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM2.73 juta dengan syarat penerima PJM tersebut tidak pernah menerima bayaran PJM secara ‘one-off’ sebelum ini,

“Mekanisme pemanjangan pembayaran secara one-off kepada balu atau duda penerima PJM yang telah meninggal dunia ini akan dibuat secara berperingkat sebagaimana pelaksanaan pembayaran secara ‘one-off’ kepada 121,816 orang veteran penerima PJM yang masih hidup pada tahun 2020,

“Atas keprihatinan kerajaan membantu balu atau duda penerima PJM yang telah meninggal dunia ini membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri, bayaran peringkat pertama akan dibuat mulai pada 12 Mei 2021 dan dijangka selesai pada 30 Julai 2021,” katanya.

Dzulkarnain berkata, bagi memastikan pemberian wang tunai secara ‘one-off’ ini berjalan lancar, balu atau duda penerima PJM yang telah meninggal dunia perlu memastikan akaun bank berstatus aktif dan mengemas kini maklumat peribadi bagi memudahkan pihak JHEV ATM untuk urusan pembayaran.

Menurutnya, urusan pengemaskinian maklumat ini boleh dilaksanakan dengan menghubungi call centre JHEV ATM di talian 03-26976600 atau hadir ke Pejabat JHEV ATM yang terdekat selewat-lewatnya pada 30 Jun 2021 untuk tindakan selanjutnya.

“JHEV ATM juga mengambil inisiatif menyediakan kemudahan semakan kelayakan dan kemaskini maklumat balu atau duda bagi penerima PJM Veteran ATM tidak berpencen yang telah meninggal dunia secara atas talian di portal https://kemaskinipjm.jhev.gov.my mulai pada 24 Mei 2021,” jelasnya lagi. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!