BATU PAHAT, 3 Mei – Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Simpang Renggam menahan seorang lelaki dan merampas 665 kotak rokok dan 1,157 kotak mercun pelbagai jenis di sebuah premis menerusi Op Kontraban di Pekan Parit Yaani, semalam.
Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, pasukan telah merampas pelbagai karton rokok seludup pelabagai jenama yang tidak mempunyai cukai kastam dan menahan lelaki tempatan berusia 39 tahun kira-kira jam 2.30 petang.
“Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah lebih RM135 ribu,
“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Batu Pahat untuk tindakan lanjut,
“Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) dan Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan hari ini. – airtimes.my