Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: 2 PATI ditahan, 2 kenderaan dirampas

Op Benteng: 2 PATI ditahan, 2 kenderaan dirampas

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Dua orang pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) dan merampas 2 buah kenderaan darat, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan keselamatan turut mengesan 175 buah bot atau kapal di perairan negara melalui 7 aktiviti penglihatan.

“Op BENTENG melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 275 Sekatan Jalan Raya (SJR) semalam,

“Op Penawar PDRM, ATM dan RELA melakukan sebanyak 217 SJR, Op Benteng PDRM (49 SJR) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) sebanyak 9 SJR,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Selain itu, pasukan Task Force Operasi Pematuhan PDRM pula telah menahan 519 individu atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP).

“Daripada jumlah itu, seramai 508 individu dikompaun manakala 11 lagi direman,

“Antara kesalahan ingkar SOP yang dicatatkan adalah gagal merekodkan butiran diri atau daftar masuk premis (207); Tiada penjarakan fizikal (72); aktiviti pusat hiburan (60); tidak memakai pelitup muka (50) dan lain-lain kesalahan (130),” ujarnya. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!