Home Semasa Bazar Ramadhan Jalan Raja Alang, Taman Setiawangsa dibenar beroperasi semula

Bazar Ramadhan Jalan Raja Alang, Taman Setiawangsa dibenar beroperasi semula

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan bazar Ramadhan Jalan Raja Alang dan Taman Setiawangsa beroperasi seperti biasa dengan menambah bilangan anggota penguatkuasa.

Unit Media DBKL dalam kenyataan menjelaskan, operasi bazar tersebut sepatutnya ditutup selama 2 hari pada 1 Mei dan 2 Mei selaras arahan pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang dikeluarkan semalam.

“Bagaimanapun selepas memperoleh maklumat terbaru, DBKL membuat keputusan untuk membenarkan 2 bazar Ramadhan tersebut beroperasi semula dengan menambah bilangan anggota penguat kuasa bagi memastikan SOP dipatuhi.

“DBKL juga tidak akan berkompromi kepada ketidakpatuhan SOP. Tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada mereka yang terlibat,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak berkuasa terbabit juga mensyaratkan kepada penganjur untuk memastikan pematuhan SOP dilaksanakan dengan berkesan.

“Pada masa sama, DBKL masih menunggu keputusan terkini daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung operasi dua bazar Ramadan ini,

“DBKL berharap semua pihak terutamanya pengunjung dan penjaja dapat memberikan kerjasama yang baik dalam memastikan pematuhan SOP di semua Bazar Ramadan yang beroperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” tambahnya.–airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!