Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Terima kasih ATM, jambatan dibina legakan penduduk

Terima kasih ATM, jambatan dibina legakan penduduk

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=ZY3vdec8jJM[/embedyt]

 

JERANTUT, 30 Apr – Pembinaan Jambatan Compact Bailey oleh Skuadron Kesembilan Rejimen Askar Jurutera Diraja (9 Skn RAJD) di Kampung Sungai Putat, Jerantut Pahang telah memberi kelegaan kepada para penduduk untuk meneruskan kehidupan seharian mereka.

“Terima kasih diucapkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan unit 9 Skn RAJD dari Melaka yang telah berusaha menyiapkan jambatan ini,

“Jambatan ini sebagai satu kemudahan kepada kami untuk ke pekan Jerantut dan melakukan urusan kerja seharian,” jelas Mohd Zain Awang.

Beliau yang juga wakil Ketua Kampung Sungai Putat menjelaskan, penduduk setempat telah menghadapi kesukaran apabila jambatan asal separa konkrit itu rosak akibat banjir pada awal tahun ini.

“Jambatan ini mula runtuh sejak awal tahun 2021 akibat banjir dan tidak boleh digunakan lagi, kebanyakkan kami berkerja sebagai pemungut hasil hutan dan berkebun, jadi jalan ini merupakan jalan utama kami ke pekan,

“Jalan alternatif yang ada agak jauh dan ia menyukarkan penduduk setempat lakukan rutin harian mereka,

“Dengan itu, penduduk mengambil inisiatif sendiri untuk melakukan bergotong royong dengan membina jambatan mengunakan batang kelapa dan kayu hutan bagi menggantikan jambatan yang telah runtuh,” ujarnya.

Anggota Skuadron Kesembilan Rejimen Askar Jurutera Diraja (9 Skn RAJD) pasang jambatan Compact Bailey di Kampung Sungai Putat, Jerantut, Pahang.

 

 

Terdahulu, 9 Skn RAJD telah berjaya membina jambatan Compact Bailey sepanjang 24 meter dalam masa 17 jam di kampung Sungai Putat, Jerantut. Operasi pembinaan ini merupakan kali ketiga diadakan di Pahang selepas banjir yang melanda negeri itu dan ia dikelolakan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Anggota 9 Skn RAJD turut mendapat bantuan teknikal daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Jerantut sepanjang melaksanakan pemasangan jambatan ini. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!