Home SemasaGlobal Singapura hantar bekalan silinder oksigen ke India

Singapura hantar bekalan silinder oksigen ke India

by Air Times News Network

SINGAPURA, 29 Apr – Singapura telah menghantar 2 buah pesawat pengangkut C-130H membawa bekalan silinder oksigen ke India, semalam.

Menteri Kedua Hal Ehwal Luar Singapura, Dr. Mohamad Maliki Osman berkata, misi itu dilaksanakan bagi membantu India menghadapi situasi kekurangan bekalan silinder oksigen akibat COVID-19.

“Misi ini dilakukan kerana hubungan erat antara kedua rakyat, pemerintah dan negara,

“Ia diaturkan dalam kadar segera” katanya sewaktu penyerahan bantuan kepada Pesuruhjaya Tinggi Republik India P. Kumaran di Pangkalan Udara Paya Lebar.

Menurut media Singapura,  2 buah pesawat C-130H yang dikendalikan oleh Tentera Udara Republik Singapura telah berlepas ke Bengal Barat. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!