Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 9 Skuadron RAJD bina Jambatan Compact Bailey ketiga bantu penduduk di Pahang

9 Skuadron RAJD bina Jambatan Compact Bailey ketiga bantu penduduk di Pahang

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=BsTl8oNjfZM[/embedyt]

 

JERANTUT, 29 Apr – Sebuah lagi jambatan Compact Bailey dibina di Kampung Sungai Putat, Jerantut oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi membantu penduduk setempat yang terjejas susulan bencana banjir di negeri ini.

Sebelum ini 3 buah jambatan bailey telah dibina di Kampung Lechar Ulu Dong, Raub; Kampung Belimbing, Maran, Pahang dan Kampung Belum Baru di Lenggong, Perak.

Pegawai Pemerintah Skuadron Kesembilan Rejimen Askar Jurutera Diraja (9 Skn RAJD), Mejar Mohd Amri Khairuddin berkata, pembinaan jambatan ‘Compact Bailey 100’ di Jerantut ini merupakan pembinaan pertama bagi pasukan 9 Skn RAJD dalam membantu Agensi Pengurusan Bencana Negeri (NADMA).

Proses pemasangan jambatan di Kampung Sungai Putat, jerantut berjaya disiapkan dalam masa 17 jam – Pegawai Pemerintah Skuadron Kesembilan Rejimen Askar Jurutera Diraja (9 Skn RAJD), Mejar Mohd Amri Khairuddin. Foto: AirTimes/Danish

Beliau berkata, seorang pegawai dan 39 anggota telah ditugaskan untuk membantu NADMA dalam proses pemasangan jambatan tersebut.

“Proses pemasangan jambatan ini telah bermula semalam dan berjaya disiapkan dalam masa 17 jam iaitu awal pagi tadi,

“Dalam bulan puasa ini, pasukan kami turut mendapat bantuan anggota dari Skudron Ke-11 RAJD (Mekanize) iaitu seramai seorang pegawai dan 10 anggota. Jadi keseluruhan anggota untuk proses pemasangan kali ini melibatkan 2 orang pegawai dan 48 anggota tentera,

“Selalu pemasangan jambatan 8 bay seperti ini hanya memakan masa 13 jam sahaja, tetapi pada bulan puasa kami telah membuat penugasan secara bergilir-gilir dan waktu rehat selama 2 jam ketika waktu berbuka puasa,

“Malam tadi berlaku hujan lebat, jadi kerja–kerja pemasangan tidak dapat diteruskan kerana jambatan diperbuat dari besi. Anggota terpaksa berhenti selama 1 jam atas faktor keselamatan dan sambung semula setelah reda,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Putat, hari ini.

Mohd Amir menjelaskan, anggotanya juga mendapat bantuan teknikal daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Jerantut sepanjang melaksanakan pemasangan jambatan ini.

“Ketika melaksanakan pemasangan pada waktu malam, faktor pencahayaan menjadi perkara utama. Anggota kami turut mendapat bantuan dari JKR dari segi pencahayaan melalui spotlight dan generator,” tambahnya.

Kerjasama antara jabatan, agensi yang terlibat seperti NADMA, JKR dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amatlah baik dan perlu diteruskan – Penolong Jurutera JKR Jerantut, Mohd Hashim Mohammad Ab Jamil. Foto:AirTimes/Danish

Sementara itu, Penolong Jurutera JKR Jerantut, Mohd Hashim Mohammad Ab Jamil menjelaskan, pihaknya telah menyediakan pembinaan tapak jambatan ini sebelum anggota 9 Skn RAJD tiba serta memulakan tugasan pemasangan, semalam.

“Kerjasama antara jabatan, agensi yang terlibat seperti NADMA, JKR dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amatlah baik dan perlu diteruskan jalinan kerjasama ini,

“Kebanyakan agensi yang terlibat ini sememangnya lebih dekat dengan rakyat dan akan terlibat secara langsung sekiranya berlaku sesuatu bencana,” ujarnya.

Beliau turut berharap, dengan adanya jambatan sementara ini, ia dapat membantu penduduk kampung yang terputus hubungan akibat kerosakan jambatan yang sedia ada dan meneruskan rutin harian mereka sebagai pekebun serta peladang bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Jambatan di kampung Sungai Putat sebelum ini runtuh akibat bencana banjir yang menimpa negeri itu.

Difahamkan penduduk setempat dengan inisiatif sendiri telah membina jambatan kayu di atas jambatan yang telah runtuh itu.

Aduan kesukaran penduduk kampung tersebut untuk keluar ke bandar Jerantut dan sekolah di Felda Padang Piol telah dimajukan kepada kerajaan negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan (MMK) Pahang, Datuk Nazri Ngah mengutarakan perkara tersebut kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi tujuan penggantian jambatan baharu.

Hari ini, jambatan Compact Bailey 100 bagi menyeberangi Sungai Beletir di Kampung Sungai Putat ini telah direalisasikan oleh ATM bagi menggantikan jambatan batang kelapa tersebut.- airtimes.my

Galeri Gambar:

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!