WASHINGTON, 29 Apr – Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menegaskan Amerika Syarikat akan meneruskan kehadiran mereka di rantau Asia Pasifik.
Menurut beliau, kehadiran pasukan tentera AS adalah untuk mengimbangi kekuatan China dan mencegah sebarang konflik dari tercetus.
“Saya telah memberitahu Presiden Xi bahawa kita akan meneruskan kehadiran pasukan tentera AS di rantau Asia Pasifik seperti mana yang dilakukan di Eropah,
“Matlamat kita adalah untuk mencegah sebarang konflik dari berlaku,” tegas Biden dalam ucapan di hapan Kongres AS, Rabu.
Tambahnya, Washington sentiasa terbuka terhadap persaingan dan bukannya konflik. – airtimes.my