BALI, 24 Apr – Ketua Staf Angkatan Laut, Laksamana Yudo Margono hari ini mengesahkan serpihan kapal selam KRI NANGGALA telah ditemui.
Beliau dalam satu sidang media hari ini menjelaskan serpihan yang ditemui adalah terdiri daripada komponen kapal selam dan juga barangan.
Antara serpihan yang ditemui adalah komponen tabung torpedo, paip pendingin, alas yang digunakan oleh anak kapal serta span.
“Serpihan ditemui sekitar lokasi terakhir KRI NANGGALA menyelam dan barangan yang ditemui adalah bukan dimiliki umum,” jelas Yudo.
Beliau menambah, kesemua serpihan terbabit telah disahkan milik kapal selam oleh bekas anak kapal KRI Nanggala.
Sementara itu, Panglima TNI, Masrhal Hadi Tjahjanto menyatakan KRI Nanggala disahkan tenggelam berikutan penemuan serpihan tersebut. – airtimes.my