Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Malaysia atur gerak MV Mega Bakti bantu cari kapal selam Indonesia

Malaysia atur gerak MV Mega Bakti bantu cari kapal selam Indonesia

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 22 Apr – Malaysia telah mnghantar kapal penyelamat milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kapal selam Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Laut (TNI-AL), KRI NANGGALA.

Kementerian Pertahanan Malaysia dalam kenyataan berkata,  misi mencari dan menyelamat (SAR) MV MEGA BAKTI disertai oleh 54 kru termasuk 7 pegawai serta anggota TLDM.

“Misi ini turut disertai oleh 3 pegawai dan staf perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama 44 kru MV Mega Bakti,

“Operasi ini diketuai oleh Komander Mohd Hairul Fahmy Yob TLDM selaku Coordinator Rescue Force (CRF),” kata kenyataan itu.

Menurutnya, MV Mega Bakti telah berlayar dari Jeti Operasi Markas Pemerintahan Kapal Selam, Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah pada 7 pagi tadi.

“Kapal dijangka akan tiba di lokasi SAR pada 25 April 2021 jam 3 petang,” jelas kenyataan itu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menghubungi Menteri Pertahanan Republik Indonesia, Prabowo Subianto hari ini bagi melahirkan rasa simpati atas kejadian yang menimpa.

“Sebagai negara sahabat, Malaysia melalui TLDM telah mengatur gerak MV Mega Bakti ke Bali,

“Selain itu, pihak TLDM akan mengadakan solat hajat serta memanjatkan doa ke atas keselamatan anak-anak kapal dan agar kapal selam tersebut segera ditemui,” katanya.

Kementerian Pertahanan menjelaskan, pihaknya akan memberi sepenuh komitmen ke atas operasi SAR ini dan ketersediaan TLDM membuktikan sebarang asetnya boleh diatur gerak dalam semua aspek pengoperasian dalam masa yang singkat.

Operasi SAR ini juga menunjukkan komitmen TLDM kepada komuniti antarabangsa berkaitan tugas dan tanggungjawab negara pengendali kapal selam di dunia.

Semalam, KRI Nanggala dilaporkan hilang pada jam 10.37 pagi di perairan utara Bali.

Kapal selam malang itu sedang melaksanakan latihan dan membawa 53 kru. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply