Home SemasaGlobal COVID-19: 11 pelarian Rohingya maut di Cox’s Bazar

COVID-19: 11 pelarian Rohingya maut di Cox’s Bazar

by Bernama

DHAKA, 21 Apr – Sekurang-kurangnya 11 pelarian Rohingya meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19, sementara 507 yang lain dijangkiti virus itu di kem pelarian terbesar dunia di Cox’s Bazar, Bangladesh, sejak Mac tahun lalu.

Kematian pertama dilaporkan di kem pelarian Teknaf Rohingya, satu daripada 2 kem pelarian utama di Cox’s Bazar, kata pegawai pada Selasa.

Lelaki berusia 67 tahun itu sedang menjalani rawatan jantung ketika dijangkiti virus berkenaan, kata pengawas kem dan timbalan setiausaha di Suruhanjaya Bantuan dan Pemulangan Pelarian (RRRC), Md Khalid Hossain kepada Anadolu.

Sebelum meninggal dunia pada Ahad malam, lelaki itu menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan positif sehari kemudian.

Terdapat lebih sejuta pelarian Rohingya yang berlindung di 34 kem pelarian di Cox’s Bazar.

“Sebelum ini, sekurang-kurangnya 10 pelarian Rohingya meninggal dunia akibat COVID-19 di kem pelarian Ukhiya, manakala 507 pelarian disahkan positif sejak Mac 2020,” kata pegawai kanan RRRC, Mohammad Shamsud Douza.

Menurut Pejabat Pembedahan Awam daerah, Cox Bazar mencatatkan sebanyak 7,590 kes jangkitan dengan 89 kematian.

Bangladesh mengenakan sekatan pergerakan sehingga 28 April untuk mengekang penularan COVID-19.

Menurut Kementerian Kesihatan negara itu, Bangladesh setakat ini melaporkan sekurang-kurangnya 10,588 kematian dan 727,780 jangkitan. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!