Home Pertahanan dan Keselamatan Kebajikan anggota, keluarga keutamaan Kementerian Pertahanan

Kebajikan anggota, keluarga keutamaan Kementerian Pertahanan

by Air Times News Network

PORT DICKSON, 19 Apr – Kementerian Pertahanan akan memastikan kebajikan anggota dan keluarga menjadi keutamaan dalam menentukan kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyantuni 2 waris anggota tentera yang menghadapi masalah kesihatan di Pemerintahan Latihan Dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD), Port Dickson, hari ini.

Lawatan kebajikan ini bertujuan untuk mengenal pasti setiap bantuan yang diperlukan oleh mana-mana warga Kementerian Pertahanan dan ATM.

Ismail Sabri, telah melawat anak kepada Sarjan Yusnizal Mohamed Yahaya dari Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) Nor Diana Yusmaliza yang mengalami masalah Microcephaly iaitu kepala kecil sejak di lahirkan.

Selain itu, Nor Diana Yusmaliza turut mendapatkan temujanji rawatan dan program pemulihan di beberapa hospital termasuk Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Manakala, lawatan kedua Ismail Sabri turut melawat isteri kepada Pegawai Waran 2 Hazizi Jebeng iaitu Siti Mazidah Mohktar@Zulkifly yang menghidap penyakit Saraf Tulang Belakang dan Arteraitis sejak tahun 2018 oleh Pakar Perubatan Hospital Port Dickson.

Siti Mazidah juga dulu merupakan seorang tenaga pengajar di sebuah Intitut Latihan Perindusterian Terengganu.

Selepas itu, Ismail Sabri telah meluangkan masa untuk beramah mesra bersama warga Pemerintahan Latihan Dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD) di padang kawad PUSASDA. – airtimes.my

Galeri gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!