Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Ceroboh masuk Sarawak, 38 PATI ditahan dan diusir pulang

Ceroboh masuk Sarawak, 38 PATI ditahan dan diusir pulang

by Nurulhuda

LUBOK ANTU, 18 Apr – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menahan dan mengusir seramai 38 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba menceroboh masuk ke Sarawak dalam 10 kes berasingan sejak 8 April lalu.

Sel Perhubungan Raya Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) dalam kenyataan berkata, dalam kejadian terkini, melalui pasukan yang melaksanakan Operasi Benteng (Op Benteng) telah menahan dan mengusir 8 PATI warga Indonesia yang cuba memasuki daerah ini melalui lorong tikus di sekitar Lubok Antu, Sarawak, semalam.

Menurutnya, PATI yang melibatkan 7 lelaki dan seorang wanita itu ditahan ketika berjalan kaki menuju kearah sempadan kira-kira 300 meter dari Malaysia.

Manakala, kes yang mencatat angka tertinggi adalah kes pengusiran di Sektor Tebedu pada 12 April 2021 jam sekitar jam 7 malam melibatkan 11 PATI termasuk seorang bayi perempuan berusia 9 bulan yang ditahan dan diusir.

“Pelbagai alasan dan taktik digunakan mereka untuk menyelinap masuk ke Malaysia, berkemungkinan atas desakan hidup impak daripada pandemik COVID-19 selain faktor menyambut bulan Ramadan,

“Walaupun dalam menjalani ibadah puasa, anggota TDM komited menggalas tanggungjawab meneruskan inisiatif Op Benteng dalam mengekang aktiviti PATI menyelinap masuk ke Sarawak serta kegiatan jenayah rentas sempadan,” jelasnya.

Tambahnya, TDM sentiasa bersedia mengawal sebilang masa dan meningkatkan lagi kesiagaan serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melakukan jenayah dan membolosi sempadan negara. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!