Home SemasaGlobal COVID-19: Indonesia akan guna vaksin Rusia selepas April

COVID-19: Indonesia akan guna vaksin Rusia selepas April

by M.Daim

MOSCOW, 15 Apr – Kerajaan Indonesia dijangka akan meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 buatan Rusia, Sputnik V pada akhir bulan ini.

Setiausaha Akhbar Duta Rusia ke Indonesia, Denis Tetyushin dalam satu kenyataan mengesahkan hasrat Jakarta berhubung perkara itu.

“Pada ketika ini, Sputnik V belum didaftarkan di Indonesia dan proses pendaftaran dijangka akan selesai pada akhir April,

“Ini bergantung dengan dokumen yang dihantar oleh pihak Russian Direct Investment Fund,” jelasnya.

Beliau menambah, Indonesia berminat untuk mendapatkan vaksin khusus untuk digunakan dalam program vaksinasi persendirian.

Indonesia telah melancarkan fasa pertama program vaksinasi pada Januari lalu dengan menyasarkan seramai 181 juta penduduk iaitu bersamaan hampir 70% jumlah populasi.

Negara kepulauan republik terbesar Asia Tenggara itu mula menerima 3 juta vaksin pertama dari China pada akhir tahun 2020. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!