Home Semasa COVID-19: 10 kluster dikesan, Kelantan catat kes lebih 100

COVID-19: 10 kluster dikesan, Kelantan catat kes lebih 100

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 Apr – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 10 kluster baharu wabak COVID-19 yang dikenal pasti pada hari ini.

Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu tersebut melibatkan 5 dari tempat kerja, 3 komuniti, serta masing-masing 1 dari pusat tahanan dan keagamaan.

“Kluster terbabit ialah Kluster Intergrasi Rawang Tiga dan Kluster Badli Shah di Selangor; Kluster Jalan Maju di Sarawak; Kluster Jalan Kota Kubang Labu (Kelantan); Kluster Jalan Mega Industri (Johor); Jalan Mega Industri di Johor,

“Selain itu, turut di kesan, Kluster Kampung Palekbang di Kelantan; Kluster Taman Peruda (Kedah); Kluster Kampung Belaoh (Terengganu); Kluster Padang Hijau (Johor) dan Kluster Belacon di Sabah,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19, hari ini.

Dr Noor Hisham turut menjelaskan sebanyak 1,300 kes baharu pesakit COVID-19 hari ini dan menjadikan jumlah keseluruhan positif di negara sebanyak 353,329 kes.

“Daripada jumlah tersebut, 12 kes adalah melibatkan kes import dan selebihnya penularan tempatan,

“Manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 14,161 kes pada hari ini,” tambahnya.

Sementara bagi kes sembuh, Malaysia mencatatkan sebanyak 1,412 kes dan jumlah keseluruhan kes sembuh di Malaysia sebanyak 337,868 kes.

Terdapat juga sebanyak 189 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 88 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 385 kes.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 352 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan,

“Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 242 kes dan Kelantan sebanyak 126 kes,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut mengesahkan terdapat pertambahan sebanyak 5 kes kematian dan ia menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kini mencatatkan sebanyak 1,300 kes.

“Terdapat 5 kes kematian pada hari ini melibatkan 3 kes di Sabah dan masing-masing 1 kes di Selangor dan Kelantan,

“Kesemua kematian melibatkan warganegara,” ujarnya. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!