Home Pertahanan dan Keselamatan TLDM lantik Panglima Armada Barat baharu

TLDM lantik Panglima Armada Barat baharu

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 5 Apr – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini melantik Laksamana Madya Datuk Abu Bakar Mohd Ajis sebagai Panglima Armada Barat yang baharu.

Beliau menggantikan Laksamana Madya Datuk Muhamad Ridzwan Abdul Rahman.

Satu Majlis Serah Terima Tugas telah diadakan di KD Sri Gombak dan disaksikan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany.

Terdahulu, Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TLDM turut diadakan.

Abu Bakar dinaikkan pangkat ke Laksamana Madya dari Laksamana Muda.

Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Laksamana Pertama Mohamad Azuwan Harun telah dinaikkan ke pangkat Laksamana Muda.

Sementara itu, Kepten Aziz Ahmad Sakawi TLDM, Pengarah Pembangunan Materiel Markas Tentera Laut (MTL) dinaikkan pangkat ke Laksamana Pertama.

Abu Bakar dilahirkan pada 8 Mei 1964 di Nee Son (kini dikenali sebagai Yishun), Singapura. Beliau mendapat pendidikan awal di Singapura dan Johor sebelum menyertai TLDM sebagai Pegawai Kadet pada Julai 1987.

Beliau kemudiannya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada Jun 1989.

Sebelum menjawat jawatan sebagai Panglima Armada Barat, Abu Bakar pernah menjadi Pegawai Navigasi KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL. Selain daripada itu, beliau turut dilantik menjadi Pegawai Memerintah KD JEBAT dan KD LEKIU.

Abu Bakar turut diberi kepercayaan untuk menjawat beberapa jawatan lain dalam perkhidmatan TLDM termasuk Panglima Wilayah Laut 1 dan Asisten Ketua Staf Sumber Manusia di MTL. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!