Home Semasa PKPD di Kampung Juara Pulau Tioman dilanjutkan – Ismail Sabri

PKPD di Kampung Juara Pulau Tioman dilanjutkan – Ismail Sabri

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 5 Apr – Kerajaan hari ini telah memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Juara, Pulau Tioman, Rompin, Pahang bermula 7 hingga 20 April 2021.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di kampung tersebut dilanjutkan ekoran laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengesahkan masih terdapat penularan dalam kalangan penduduk.

“Manakala terdapat penularan jangkitan dalam kalangan penduduk di kampung tersebut sebanyak 6 kes baharu direkodkan sehingga 4 April 2021,” katanya dalam kenyataan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hari ini.

Sebelum ini, kerajaan telah melaksanakan PKPD di kawasan tersebut  yang dijadualkan berakhir 6 April 2021 (esok).

Namun, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD lokaliti tersebut.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti,” ujarnya.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!