KUALA LUMPUR, 5 Apr – Malaysia hari ini merekodkan jumlah pesakit sembuh COVID-19 melebihi kes positif iaitu sebanyak 1,294 kes dan ia menjadikan 336,456 kes secara keseluruhan dalam tempoh 24 jam. ⠀
⠀
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes baharu hari ini pula sebanyak 1,070 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 352,029 kes. ⠀
⠀
Daripada jumlah baharu itu, terdapat 9 kes import dan 1,061 kes membabitkan penularan tempatan.⠀
⠀
Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini adalah 14,278 kes. ⠀
⠀
Beliau berkata, Selangor kembali mencatatkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 327 kes hari ini.⠀
⠀
“Daripada jumlah ini, sebanyak 248 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 225 kes (21.0 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 133 kes,
“Sebanyak 14 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Depot Tahanan Imigresen (DTI) dan penjara yang membabitkan Kluster DTI Jalan Duta (5 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (5 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (2 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), dan Kluster DTI Sepang 2 (1 kes),” katanya dalam kenyataan mengenai situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia, hari ini.
⠀
Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 180 kes kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 89 kes memerlukan bantuan pernafasan. ⠀
⠀
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengesahkan terdapat pertambahan sebanyak 7 kematian. Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruh ke kes kematian di Malaysia kini mencatatkan sebanyak 1,295 kes.
“7 kes kematian pada hari ini melibatkan 4 kes di Selangor, 2 kes di Sabah, dan 1 kes di Johor dan kesemua kes kematian melibatkan warganegara,” tambahnya.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengesahkan, 6 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan 5 kluster kluster tempat kerja dan 1 komuniti. –airtimes.my ⠀