Home Pertahanan dan Keselamatan Projek pembangunan 51 tingkat perkukuh kewangan Yayasan Veteran ATM

Projek pembangunan 51 tingkat perkukuh kewangan Yayasan Veteran ATM

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=LAgkgpfW5R0[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 2 Apr – Projek pembinaan bangunan di bawah Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) bakal menjana pendapatan sekitar RM3 juta setahun untuk membantu veteran di seluruh negara.

Projek ini melibatkan pembinaan sebuah bangunan 51 tingkat di atas tanah Lot 2008 dengan kos keseluruhan berjumlah RM250 juta dan dijangka siap pada akhir tahun 2023.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek itu dibangunkan oleh Yayasan Veteran ATM, JHEV, Kementerian Pertahanan dan Pasukhas Development Sdn Bhd.

“Ianya merupakan satu langkah jangka panjang bagi mengukuhkan kedudukan kewangan Yayasan Veteran ATM bagi memenuhi keperluan penyaluran dana kebajikan kepada veteran ATM dan dapat mengurangkan kebergantungan sumber kewangan dari kerajaan,

“Justeru, saya ingin menzahirkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada Yayasan Veteran ATM kerana terus berusaha merialisasikan impian ini dengan hasrat mencipta peluang dan pelaburan baru demi masa hadapan yang lebih sempurna buat veteran ATM,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Pecah Tanah projek Usahasama Yayasan Veteran ATM dan Pasukhas Delevopmen Sdn. Bhd, hari ini.

Ismail Sabri menjelaskan, bangunan 51 tingkat ini berkonsepkan pembangunan bercampur yang akan mengandungi ruang pejabat, kawasan komersil serta kediaman.

“Melalui projek ini, yayasan akan mendapat pulangan dalam bentuk ‘in kind’ dan tunai yang akan diwartakan diantaranya 58,000 kaki persegi ruang pejabat untuk sewaan, 3,000 kaki persegi pejabat yayasan, 25 parkir kereta dan dewan serbaguna untuk kapasiti 420 orang,

“Selain itu, yayasan juga akan menerima wang tunai RM2 juta dengan bayaran ansuran sebanyak RM500,000 setahun untuk tempoh 4 tahun,”tambahnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pulangan pada masa akan datang, Yayasan Veteran ATM dijangka akan mendapat pendapat kasar berjumlah RM3 juta setahun melalui sewaan pejabat dan dewan serbaguna.

“Kawasan projek pembinaan bangunan ini adalah kawasan yang sangat strategik. Ianya juga mesra perniagaan dengan adanya sokongan infra yang menghubungkan lokasi perniagaan dengan pusat membeli belah ternama dan hotel bertaraf antarabangsa serta perkihmatan perubatan yang berdekatan,

“Sudah pasti pada masa akan datang, projek pembangunan ini akan memberikan pulangan yang baik kepada Yayasan Veteran ATM dan menjadi kemegahan buat veteran-veteran ATM,” ujarnya.

Syarikat Pasukhas Development Sdn Bhd merupakan telah sanggup membayar premium sebanyak RM15,535,648 kepada kerajaan bagi menjadikan tanah ini milik Yayasan Veteran ATM. Ianya secara langsung menjadikan syarikat ini sebagai rakan kongsi kepada Yayasan Veteran ATM dalam pemilikan tanah serta projek pembangunan di atas tanah lot 2008 ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd. Aziz dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad. – airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!