KUALA LUMPUR, 2 Apr – Malaysia merekodkan kes sembuh COVID-19 melebihi kes positif iaitu sebanyak 1,442 kes dan ia menjadikan 332,443 kes secara keseluruhan dalam tempoh 24 jam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes baharu hari ini pula mencatatkan sebanyak 1,294 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh dalam negara sebanyak 347,972 kes.
Daripada jumlah baharu itu, terdapat 26 kes import dan 1,268 kes membabitkan penularan tempatan.
Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini adalah 14,246 kes.
Beliau berkata, Selangor mencatatkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 455 kes hari ini.
“Daripada jumlah ini, sebanyak 375 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan,
“Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 217 kes dan Pulau Pinang sebanyak 139 kes,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 di Malaysia, hari ini.
Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 168 kes kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 78 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengesahkan terdapat pertambahan sebanyak 5 kematian melibatkan 2 kes di Sarawak, serta masing-masing 1 kes di Johor, Pulau Pinang dan Sabah.
Tambahnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga melaporkan terdapat 10 kluster baharu yang melibatkan 7 kluster tempat kerja, 2 komuniti dan 1 kumpulan berisiko tinggi. – airtimes.my