Home Semasa 19 PATI ditahan, 2 diusir dalam Op Benteng semalam

19 PATI ditahan, 2 diusir dalam Op Benteng semalam

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Seramai 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) dan 2 orang lagi diusir di seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan keselamatan turut mengesan sebanyak 117 buah bot atau kapal di perairan negara melalui 7 aktiviti penglihatan.

Sementara itu, Op BENTENG melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 259 Sekatan Jalan Raya (SJR) semalam.

“Op Benteng PDRM, ATM dan RELA sebanyak 199 SJR, Op Benteng PDRM (51 SJR) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) sebanyak 9 SJR,” ujarnya.

Selain itu, pasukan Task Force Operasi Pematuhan PDRM pula telah menahan 9 individu atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) dan kesemuanya dikompaun, semalam.

“Antara kesalahan ingkar SOP direkodkan adalah aktiviti pusat hiburan (7) dan tiada penjarakan fizikal (2),” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!