Home Semasa 3 PATI diusir, 52 buah bot dikesan dalam Op Benteng semalam

3 PATI diusir, 52 buah bot dikesan dalam Op Benteng semalam

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Seramai 3 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah diusir menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) melalui 1 aktiviti pengusiran di seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan keselamatan turut mengesan sebanyak 52 buah bot atau kapal di perairan negara melalui 6 aktiviti penglihatan.

Sementara itu, Op BENTENG melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 259 Sekatan Jalan Raya (SJR) semalam.

“Op Benteng PDRM, ATM dan RELA sebanyak 199 SJR, Op Benteng PDRM (51 SJR) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) sebanyak 9 SJR,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, pasukan Task Force Operasi Pematuhan PDRM pula telah menahan 17 individu atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) dan kesemuanya dikompaun, semalam.

“Antara kesalahan ingkar SOP adalah aktiviti pusat hiburan (14) dan tidak memakai pelitup muka (3),” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply