Home Pertahanan dan Keselamatan 7 PATI ditahan, 5 diusir dalam Op Benteng semalam

7 PATI ditahan, 5 diusir dalam Op Benteng semalam

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Seramai 7 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) dan 5 orang lagi diusir di seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan keselamatan turut merampas sebuah kenderaan darat serta sebuah bot.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 98 buah bot atau kapal di perairan negara melalui 6 aktiviti penglihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Op BENTENG melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 259 Sekatan Jalan Raya (SJR) semalam.

“Op Benteng PDRM, ATM dan RELA sebanyak 199 SJR, Op Benteng PDRM (51 SJR) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) sebanyak 9 SJR,” ujarnya.

Selain itu, pasukan Task Force Operasi Pematuhan PDRM pula telah menahan 44 individu atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) dan kesemuanya dikompaun, semalam.

“Antara kesalahan ingkar SOP adalah tiada penjarakan fizikal (39); gagal menyediakan peralatan dan merekod diri pelanggan (3); rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (1) serta tidak memakai pelitup muka (1),” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!