YALA, 27 Mac – Seorang anggota polis pelancong dan sukarelawan polis cedera akibat letupan bom di daerah Bannang Sata, semalam.
Menurut Ketua Penyiasat Polis di Bannang Sata, Pol Leftenan Kolonel Thitiwat Fansirisakul berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pada jam 8.20 malam sewaktu mereka melalui jalan 410, laluan Yala-Betong dan dipercayai bom tersebut diletakkan di tepi jalan.
Bangkok Post melaporkan, pihak polis, renjer dan pegawai tempatan yang tiba di lokasi, mendapati letupan tersebut telah menyebabkan kerosakan ke atas kenderaan pacuan empat roda milik polis pelancong.
Sementara itu, anggota yang terlibat adalah Pol Senior Sergeant Major Ussaman Duding dari Sub Divisyen ke-3 Polis Pelancong dan sukerelawan polis, Isamaae Laya telah mengalami kecederaan di muka, telinga serta dada.
Kedua-dua anggota berkenaan dikejarkan ke Hospital Yala bagi mendapatkan rawatan kecemasan. – airtimes.my