Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut 8 kapal TLDM laksana latihan Perang Borneo di Laut China Selatan

8 kapal TLDM laksana latihan Perang Borneo di Laut China Selatan

by Nurulhuda

KOTA KINABALU, 26 Mac – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melaksanakan Latihan Perang Borneo siri 3/21 di perairan Laut China Selatan, pada Rabu.

Markas Pemerintahan Armada Timur menerusi hantaran di media sosial rasminya berkata, latihan pada tahun ini melibatkan kapal Armada Timur seperti KD SELANGOR, KD KEDAH, KD SUNDANG, KD SERANG dan KD GANAS serta tiga buah kapal Markas Wilayah Laut 2 iaitu KD YU, KD TODAK dan KD PARI.

Turut menyertai latihan kali ini adalah Helikopter Fennec TLDM serta sebuah Bot Tempur CB90.

“Eksesais Intra-TLDM ini dilaksanakan bertujuan menguji dan menilai keupayaan serta kesiagaan aset Armada Timur dalam peperangan maritim terutama dalam aspek peperangan, navigasi dan ilmu kelautan,

“Latihan ini akan menguji tahap keupayaan anggota serta aset yang beroperasi di Sabah,”katanya.

Menurut kenyataan itu, eksesais ini turut bertujuan memperagakan kehadiran TLDM di Perairan Laut China Selatan di samping menjadi platform persediaan bagi warga Navy People yang akan menyertai Eksesais KERISMAS yang dijangka dilaksanakan di pertengahan tahun nanti. -airtimes.my

Galeri Gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply