Home Semasa 18 PATI, 12 kenderaan ditahan dalam Op Benteng

18 PATI, 12 kenderaan ditahan dalam Op Benteng

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Seramai 18 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng), semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan keselamatan juga telah merampas sebanyak 11 kenderaan darat dan sebuah bot dalam operasi tersebut.

“Pihak berkuasa turut mengesan 131 buah bot atau kapal di perairan melalui 8 aktiviti penglihatan,” jelasnya dalam satu kenyataan perkembangan harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Beliau menambah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain telah menjalankan 266 Sekatan Jalan Raya (SJR) di seluruh negara.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri mengesahkan seramai 54 individu telah ditahan oleh pasukan Task Force Operasi Pematuhan PDRM atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

Tambahnya, kesemua individu terbabit telah dikenakan dikompaun.

“Antara kesalahan ingkar SOP termasuk gagal menyediakan peralatan atau merekod diri dan pelanggan (21); tidak memakai pelitup muka (17); rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (6); aktiviti pusat hiburan (5); tiada penjarakan fizikal (1); langgar perintah kuarantin (1); memasuki kawasan PKPD tanpa kebenaran (1),” jelasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!