Home Pertahanan dan Keselamatan Peruntukan RM30 juta naik taraf Kem Batalion 18 RAMD – Ismail Sabri

Peruntukan RM30 juta naik taraf Kem Batalion 18 RAMD – Ismail Sabri

by Nurulhuda

TERENGGANU, 21 Mac – Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi menaik taraf kemudahan di Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD) (Para).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kemudahan yang diluluskan adalah pembinaan masjid dan poliklinik kesihatan. Kos pembinaan kedua-dua fasaliti ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata poliklinik kesihatan yang telah dibina sejak awal Januari lalu bakal menyediakan kemudahan kesihatan kepada tentera dan keluarga. Ia turut dilengkapi dengan wad kecemasan, bilik x-ray dan juga makmal.

“Pembinaan masjid baharu dijangka selesai pada November tahun depan manakala poliklinik pula bakal siap pada Januari 2023,

“Blok lama kediaman anggota kini dalam proses dinaik taraf dan sebanyak 48 unit rumah 3 bilik sudah siap berbanding 2 bilik sebelum ini,

“Manakala peruntukan sebanyak RM11 juta lagi untuk tambahan 196 unit kediaman Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan dewan serbaguna berjumlah RM1.5 juta akan dibawa ke Bajet 2022,” katanya dalam sesi Lawatan Kerja ke 18 RAMD (Para), semalam.

Terdahulu, Ismail Sabri telah meninjau ke lokasi kedua-dua projek tersebut dan diberikan taklimat perkembangan pembinaan oleh wakil agensi pemantau.

Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Sri Muez Abd Aziz serta Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Mejar Jeneral Rashidin Hashimi Ab Rashid. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!