Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut 493 Perajurit Muda tamat Kursus Asas Tentera Laut

493 Perajurit Muda tamat Kursus Asas Tentera Laut

by Nurulhuda

JOHOR, 20 Mac – Seramai 493 Perajurit Muda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menamatkan Latihan Perajurit Muda Pengambilan 221/2021, di padang Kawad KD Sultan Ismail (KDSI), Pangkalan TLDM Tanjung Pengelih, hari ini.

Majlis istiadat perbarisan tamat latihan telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayub.

Laskar Muda (LM) Nor Aqmal Abu Hassan telah dinobatkan sebagai LM Terbaik Keseluruhan Lelaki, manakala LM Nuraisyah Ahmad pula sebagai LM Terbaik Keseluruhan Wanita pada siri kursus kali ini.

Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayub telah menyempurnakan Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Pengambilan 221/2021 hari ini. Foto: TLDM

Kesemua 493 Perajurit Muda telah mengangkat sumpah pada 29 September 2020 dan seterusnya menjalani Kursus Asas Tentera Laut (KATL) selama 6 bulan di Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM, KDSI.

TLDM dalam kenyataan berkata, pelbagai latihan dan aktiviti seperti kawad kaki, menembak, renang dan jalan lasak yang bersifat rejimental telah diberikan kepada mereka sepanjang berada di KDSI.

Latihan berbentuk rejimental ini perlu bagi mentransformasikan Perajurit Muda dari sahsiah awam kepada ketenteraan berpaksikan 4 nilai teras TLDM iaitu Kemuliaan, Kesetiaan, Keberanian dan Kebanggaan.

Abdul Rahman ketika berucap berkata, dalam tempoh tersebut Perajurit Muda telah dapat melaksanakan ujian fizikal dan mental dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat serta ia perlu dipatuhi setiap masa.

Pada masa yang sama, beliau turut menyeru Perajurit Muda agar menjadikan 4 nilai teras utama TLDM untuk dijadikan panduan dan amalan Perajurit Muda dalam menjalani tugasan seharian sebagai Navy People.

“Kesemua nilai teras ini telah dirangka dan digubal sesuai dengan misi dan visi TLDM,

“Dengan berpegang teguh kepada 4 nilai teras ini, saya percaya Perajurit Muda akan menjadi Navy People yang keterampilan dan berdisiplin,” tambahnya.

Misi TLDM adalah untuk melindungi kadaulatan dan kepentingan maritim negara. Manakala visi TLDM pula adalah ingin menjadi angkatan laut yang kredibel serta versatil menjelang 2030. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!