PARIS, 19 Mac – Seramai 21 juta orang daripada 16 kawasan di Perancis akan ditempatkan di bawah perintah berkurung mulai tengah malam, hari ini.
Menurut Perdana Menteri Perancis, Jean Castex menjelaskan lebih 35 ribu kes jangkitan baharu telah direkodkan di negara itu dalam tempoh 24 jam.
“Ini menunjukkan berlakunya gelombang ketiga COVID-19 di Perancis,” katanya.
Sementara itu, Menteri Kesihatan Perancis, Olivier Veran mengesahkan seramai 1,200 orang pesakit sedang dirawat dalam unit rawatan rapi di Paris.
Tambahnya, angka tersebut melebihi daripada jumlah yang direkodkan pada gelombang kedua wabak pandemik November lalu.
Pada masa yang sama, Jean menjelaskan perintah berkurung terbaru itu mempunyai sedikit kelonggaran berbanding sebelumnya.
Menurutnya, beberapa perniagaan yang tidak penting akan ditutup.
Namun, sekolah dan institusi pendidikan akan tetap dibuka seperti biasa.
Sementara itu, Perancis meneruskan program vaksinasi AstraZeneca selepas pengumuman oleh European Medicines Agency (EMA) yang menjamin vaksin itu selamat digunakan.
Program tersebut sebelum ini tertangguh berikutan laporan sejumlah penerima vaksin di Eropah mengalami darah beku selepas disuntik AstraZeneca.
Ini sekaligus mengurangkan tahap keyakinan rakyat Perancis terhadap vaksin keluaran syarikat perubatan Britain-Sweden itu. – airtimes.my