KUALA LUMPUR, 19 Mac – Sebanyak 1,996 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 314,457 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes sembuh itu mengatasi jumlah kes harian baharu iaitu sebanyak 1,576 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif dalam negara 330,042 kes.
Daripada jumlah baharu hari ini, 11 kes import dan 1,565 kes membabitkan penularan tempatan.
Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini adalah 14,360 kes.
“Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi hari ini sebanyak 407 kes, ia diikuti Selangor sebanyak 348 kes dan Pulau Pinang sebanyak 182 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, katanya, terdapat 151 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 57 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya, 2 kematian direkodkan dengan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 1,225. – airtimes.my