Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: 40 guni daun ketum ditemui di Kuala Perlis

Op Benteng: 40 guni daun ketum ditemui di Kuala Perlis

by Air Times News Network

KUALA PERLIS, 12 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 bersama Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kuala Perlis telah menemui 40 bungkusan hitam disyaki berisi daun ketum yang dianggarkan lebih kurang 400 kilogram di persiir pantai Kurung Tengar, awal pagi tadi.

Komander PPM Wilayah 1, ACP Rosman Ismail berkata, daun ketum berkenaan ditemui oleh anggota pasukan operasi yang melihat longokan beberapa bungkusan plastik hitam dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut.

“Penemuan bungkusan itu kira-kira pada jam 3.30 pagi semasa anggota PPM sedang membuat rondaan Operasi Benteng (Op Benteng) di Pantai Kurung Tengar,

“Intipan dilakukan di kawasan tersebut selama lebih kurang 1 jam, mendapati tiada sesiapa yang menghampiri longgokan bungkusan plastik tersebut, walaubagaimanapun tiada penemuan suspek yang terlibat,

“PPM dan AKSEM bertindak membuat rampasan kesemua bungkusan tersebut dan telah diserahkan kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) untuk tindakan lanjut,”katanya dalam hantaran di laman sosial PPM.

Tambah Rosman, pihaknya akan terus membuat risikan bagi mengesan mereka yang terlibat dalam penyeludupan daun ketum.

“Kesemua bungkusan daun ketum tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,”ujarnya.-airitmes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!