KUALA LUMPUR, 11 Mac – Seramai 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) di seluruh negara, semalam.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi tersebut juga berjaya merampas sebuah bot dan 4 kenderaan darat.
“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 86 buah bot atau kapal di perairan negara melalui 5 operasi penglihatan,” katanya dalam kenyataan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.
Sementara itu, pasukan Task Force Operasi Pematuhan PDRM pula telah menahan 242 individu atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKP,
“Daripada jumlah itu, 240 telah dikompaun manakala 2 lagi individu direman,
“Antara kesalahan adalah gagal menyediakan peralatan dan merekod diri atau pelanggan (88); tidak memakai pelitup muka (66); tiada penjarakan fizikal (46); rentas daerah dan negeri tanpa kebenaran (33); aktiviti pusat hiburan (6); premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (2); ingkar arahan PKPD (1),”
Melalui Op Benteng semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM),
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 264 Sekatan Jalan Raya (SJR).
“Op Penawar yang melibatkan ATM, PDRM dan RELA sebanyak 208 SJR, Op Benteng PDRM (47 SJR) dan Op Benteng AKSEM (9 SJR),” ujarnya.-airtimes.my