NEW DELHI, 7 Mac – Kerajaan India telah menahan seramai 155 orang etnik Rohingya yang dikesan berada di wilayah bergolak Jammu-Kashmir.
Menurut laporan media India, penahanan tersebut adalah dibuat berdasarkan undang-undang imigresen negara itu.
“Usaha untuk mengenal pasti imigran di Jammu-Kashmir tetap diteruskan bagi mengesan mereka yang berada di kawasan terbabit,
“Kerajaan negeri Jammu-Kashmir sedang mengumpul data biometrik dan maklumat lain mengenai kehadiran Rohingya di tempat mereka,” kata jurucakap kerajaan India yang dipetik oleh CNN-News18.
Tambahnya, etnik Rohingya yang dibawa ke pusat tahanan yang dikawal rapi.
“Mereka akan diperiksa sebelum dihalau keluar,” kata laporan itu.
Beberapa parti politik dan persatuan di negara Asia Selatan itu mendesak New Delhi bertindak tegas untuk menangani kehadiran etnik Rohingya serta warga Bangladesh yang disifatkan satu konspirasi.
Sehingga kini, lebih 13,700 warga asing termasuk Bangladesh dan Rohingya menetap di kawasan Jammu serta Samba. – airtimes.my