Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Terima kasih ATM hantar ‘man power’ siapkan jambatan sementara – Penghulu Mukim Kenering

Terima kasih ATM hantar ‘man power’ siapkan jambatan sementara – Penghulu Mukim Kenering

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=i0-J5YfmoDQ[/embedyt]

 

LENGGONG, 5 Mac – Bukan sahaja memikul tanggungjawab menjaga kedaulatan negara, tetapi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga sentiasa komited membantu rakyat ketika diperlukan pada sebilang masa.

Seperti cogan kata ATM, iaitu ‘Tentera dan Rakyat Berpisah Tiada’, begitulah ia dapat diibaratkan.

Dengan kepakaran dan kemahiran anggota tersendiri, Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Skuadron Kedua Rejimen Askar Jurutera Diraja (2 Skn RAJD) telah diatur gerakkan bagi membantu Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Kinta bagi menyiapkan jambatan sementara di Kampung Belum Baru, Lenggong Perak.

Penghulu Mukim Kenering merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kemajuan dan Keselamatan (JPKK) Kampung Belum Baru, Omar Fazilah Mohamad meluahkan ucapan terima kasih kepada ATM dan khususnya TDM kerana sanggup bersama-sama dengan masyarakat setempat berkampung bagi membantu menyiapkan jambatan sementara ini.

Ucapan terima kasih kepada ATM dan khususnya TDM kerana sanggup bersama-sama dengan masyarakat bagi membantu menyiapkan jambatan sementara di Kampung Belum Baru, Lenggong Perak. – Penghulu Mukim Kenering, Omar Fazilah Mohamad. Foto: AirTimes

“Usaha yang begitu besar telah ditunjukkan oleh anggota tentera yang membantu menghubungkan semula hampir seribu penduduk di Kampung Belum Baru dengan jalan raya utama Lenggong-Gerik,

“Saya berasa sangat teruja dan bersyukur dengan bantuan ‘man power’ daripada pihak ATM yang telah turun bersama-sama membantu JKR untuk menyiapkan projek ini,

“Tahniah dan syabas kepada ATM khususnya TDM yang cukup komited menghulurkan tenaga dengan membantu rakyat,

“Kalau dulu, kita lihat ATM sebagai benteng pertahanan negara duduk dalam hutan, tetapi pada hari ini, anggota tentera sudah jauh peranannya, ATM telah bersama-sama dengan masyarakat. Ibarat kata, tentera dan rakyat berpisah tiada,” katanya ketika ditemui AirTimes baru-baru ini.

Omar Fazilah turut menjelaskan, pada peringkat awal, kerajaan negeri telah memperuntukkan dua jalan alternatif bagi penduduk kampung, tetapi kedudukan jalan yang berada di dalam hutan dan laluan yang agak membahaya, kepimpinan tertinggi telah bercadang membina jambatan sementara ini untuk kemudahan penduduk setempat sehingga jambatan kekal yang dibina siap sepenuhnya.

“Jalan alternatif yang dibina adalah daripada Kampung Belum Baru keluar ke Kampung Balau lebih kurang 2 kilometer (km) dan Kampung Belum Baru ke Kampung Air Jadar juga lebih kurang 2 km,

“Kebanyakkan para ibu menggunakan jalan ini untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan laluan waktu itu masih gelap serta tiada lampu,

“Risiko kemalangan dan serangan binatang buas itu adalah sangat tinggi. Dan atas desakkan penduduk kampung serta keprihatinan daripada kepimpinan negeri, bersetuju untuk membina jambatan sementara ini. Kos penyelenggaraan ditanggung sepenuhnya kepimpinan setempat ,” tambahnya.

Terdahulu, 2 Skn RAJD telah membina jambatan sementara ‘Standard Bailey Bridge’ sepanjang 33 meter yang merupakan laluan utama kepada lebih 1,100 penduduk Kampung Belum Baru, Lenggong, Perak.

Proses pemasangan ini telah bermula pada 1 Mac yang lalu bersama 7 orang petugas JKR Hulu Kintar dan siap sepenuhnya semalam.

Operasi pembinaan jambatan ini adalah merupakan pembinaan kali ketiga dilakukan oleh TDM dalam membantu masyarakat setempat. Sebelum ini, 91 RAJD telah membina jambatan pertama Compact Bailey 200 di Kampung Lechar, Ulu Dong, Raub dan yang kedua di Kampung Belimbing, Maran, Pahang pada 13 Januari lalu. – airtimes.my

Skuadron Kedua Rejimen Askar Jurutera Diraja (2 Skn RAJD) diatur gerakkan bagi membantu Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Kinta bagi menyiapkan jambatan sementara di Kampung Belum Baru, Lenggong Perak sejak 1 Mac lalu. Foto: AirTimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!