Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Program Jiwa Murni: Tentera Darat turun padang bantu rakyat setempat

Program Jiwa Murni: Tentera Darat turun padang bantu rakyat setempat

by Nurulhuda

TAWAU, 2 Mac – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) telah melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) bagi membaik pulih dan mengecat kelas KAFA Nurus Shuhada, semalam.

Majlis penyerahan kelas KAFA tersebut telah disempurnakan oleh Panglima 5 Div, Mejar Jeneral Datuk Mohd Halim Khalid kepada Pengerusi KAFA Nurus Shuhada, Encik Halim Abdul.

Markas 5 Div dalam hantaran di media sosialnya berkata, kejayaan program yang bermula pada 25 Februari lalu merupakan hasil koordinasi antara Markas Briged ke-13 Infantri Malaysia (13 Briged) bersama pihak KAFA Nurus Shuhada serta pelaksanaan dari anggota Batalion Ke-26 Rejimen Askar Melayu Diraja (26 RAMD).

“Pelaksanaan PJM ini juga selari dengan tema Sambutan Hari Tentera Darat pada tahun ini iaitu ‘Sinergi Tentera Darat dan Rakyat : Tunjang Kedaulatan Negara’ dan ianya bertepatan dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan TDM dengan Awam,

Menurut kenyataan itu, program ini turut meliputi pameran kerjaya Askar Wataniah oleh Rejimen 516 Askar Wataniah serta pemeriksaan kesihatan dan pergigian secara percuma oleh 26 RAMD dengan kerjasama 631 Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PGAT).

Turut hadir, Panglima 13 Briged, Brigedier Jenenal Abdul Razak Hussain.

Sebelum ini, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata, TDM akan terus komited melaksanakan PJM di seluruh negara terutamanya dalam membantu golongan yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Beliau berkata, sebanyak 56 projek di seluruh negara telah dikenalpasti dan dirancang untuk dilaksanakan oleh anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) serta dibantu pasukan setempat.

Pada 23 Februari lalu, Zamrose telah melancarkan pelaksanaan PJM di Gedung, Simujan, Sarawak, di mana ia merupakan simbolik permulaan PJM yang akan dilakukan sehingga penghujung tahun 2021. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!