Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 26,472 anggota Tentera Darat terima vaksin COVID-19 mulai 8 Mac ini

26,472 anggota Tentera Darat terima vaksin COVID-19 mulai 8 Mac ini

by Nurulhuda

PORT DICKSON, 1 Mac – Seramai 26,472 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di seluruh negara akan menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNtech secara berperingkat bermula 8 Mac ini.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata, anggota yang bertugas sebagai barisan hadapan diberi keutamaan menerima suntikan vaksin tersebut.

Beliau berkata, sehingga hari ini, seramai seramai 28 pegawai kanan TDM sudah menerima suntikan vaksin pada 26 Februari lalu dan akan diikuti dengan anggota yang bertugas di barisan hadapan mengikut fasa yang telah ditetapkan.

“Kita akan buat berperingkat untuk lebih 26,000 anggota mengikut keutamaan dalam penugasan bermula 8 Mac ini,

“Pada Isnin depan, proses vaksinasi ini akan dijalankan secara menyeluruh melibatkan petugas barisan hadapan termasuk mereka yang bekerja di formasi, zon merah dan bertugas di sempadan negara,” katanya pada sidang media selepas Upacara Perbarisan Hari Tentera Darat Ke-88 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), pagi tadi.

Panglima Tentera Darat, Jenaral Tan Sri Zamrose Moh Zain ketika sidang media selepas Upacara Perbarisan Hari Tentera Darat Ke-88 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), pagi tadi.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Ab Rahman dan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Menurutnya, beliau bersama 28 pegawai kanan TDM sudah menerima suntikan vaksin pada 26 Februari lalu.

“Tidak ada yang perlu dirisaukan dan saya boleh terus bertugas sebagai Panglima Tentera Darat sehingga hari ini, tidak ada kesan sampingan,

“Saya harap program ini (suntikan vaksin) akan diteruskan terutama kepada mereka yang bertugas di barisan hadapan,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, Zamrose menjelaskan TDM juga telah memberi pengiktirafan kepada anggota dan pasukan yang telah melaksanakan tugasan mereka dengan cemerlang terutamanya dalam Operasi Benteng (Op Benteng) serta Operasi Penawar (Op Penawar).

“Bagi Op Benteng, sepanjang tahun 2020, TDM telah berjaya membuat tangkapan seramai 1,786 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) sama ada PATI diusir, ditangkap dan tekong yang membawa masuk PATI ke dalam negara,

“Tangkapan yang terbesar sekali adalah, tangkapan Op Merpati dari anggota Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Briged) yang melibatkan nilai rampasan sehingga RM 16juta,” ujarnya.

Zamrose turut menegaskan, TDM akan terus komited untuk mempertahankan kedaulatan tanah air dari sebarang anasir luar yang cuba memporak-perandakan keamanan serta keharmonian negara ini. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!