[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=ox5CHqi4yCs[/embedyt]
SEREMBAN, 20 Feb – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diteruskan walaupun vaksin Pzer-BioNTech COVID-19 sudah diterima oleh Malaysia.
Beliau menjelaskan, penamatan PKP adalah bergantung kepada jumlah kes dan penilaian risiko yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Pihak KKM akan membuat penilaian dalam masa yang ditetapkan. Kita tengok baru-baru ini semua negeri dikenakan PKP dan ada negeri telah diisytiharkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semula,
“Ini kerana penilaian risiko yang dibuat KKM mengesahkan terdapat trend penurunan kes positif di sesetengah negeri. Sehubungan itu, selepas KKM membuat penilaian kes barulah KKM akan berbincang dan menasihati MKN untuk menamatkan PKP atau tidak,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas membuat lawatan kebajikan di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Sikamat, hari ini.
Terdahulu, beliau telah mengadakan lawatan kerja ke Markas Briged Pertama Infantri Malaysia (1 Briged) di Kem Rasah bagi mendengar serta memahani sendiri fungsi dan peranan formasi-formasi di dalam Tentera Darat Malaysia (TDM).
Turut hadir, Ketua Setiausaha, Datuk Seri Muez Abd Aziz, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.
Beliau turut berkesempatan mengadakan lawatan kebajikan dan menyantuni empat buah keluarga. Mereka terdiri daripada warga Markas 1 Briged yang mempunyai anak-anak di mana kesmuanya menghidap masalah kesihatan dan masih menjalani rawatan susulan di hospital berdekatan. –airtimes.my