Home Pertahanan dan Keselamatan PGA tahan 19 PATI ceroboh masuk Malaysia

PGA tahan 19 PATI ceroboh masuk Malaysia

by Nurulhuda

TANJUNG KARANG, 19 Feb – Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih telah menahan 19 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) di Parit 3 Kampung Sungai Burong, semalam.

Pegawai Pemerintah, Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamad dalam kenyataan berkata, tangkapan yang dibuat pada jam 8.30 pagi itu melibatkan 9 lelaki dan 7 orang wanita warganegara Indonesia serta seorang lelaki dan wanita warga negara Myanmar yang berumur di antara 19 tahun hingga 49 tahun.

Menurutnya, tangkapan dibuat oleh pihaknya bersama anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

“Hasil siasatan lanjut, kesemua individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah,

“Mereka dipercayai masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menggunakan bot dan mendarat di pesisir pantai Kampung Sungai Burung, Tanjung Karang,” katanya.

Beliau berkata, tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Tanjung Karang untuk tindakan lanjut.

“Kes akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/6,

“Kesemua tangkapan menjalani ujian saringan COVID 19 bagi mencegah penularan virus di kalangan pesalah dan juga petugas PDRM,” tambahnya.

Pada masa yang sama, Rizal turut mengingatkan agar masyarakat setempat memberi kerjasama dan segera menyalurkan sebarang maklumat kepada PDRM berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!