Home Pertahanan dan Keselamatan PGA tahan lelaki Indonesia kerja tanpa premit di Sarawak

PGA tahan lelaki Indonesia kerja tanpa premit di Sarawak

by Nurulhuda

KUCHING, 18 Feb – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak telah menahan seorang lelaki warga negara Indonesia kerana bekerja secara tidak sah di Malaysia.

Pihak PGA Briged Sarawak berkata, kejadian berlaku di Jalan Ladang Kelapa Sawit SALCRA Undang Raso 2, Lundu, semalam.

“Anggota Batalion 10 PGA  Sibu (PGA 10) yang sedang membuat rondaan Operasi Benteng (Op Benteng) telah menahan sebuah kereta jenis Nissan Frontier yang dipandu oleh seorang lelaki yang mencurigakan,

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek adalah seorang warganegara Indonesia yang bekerja di sebuah syarikat ladang  dan menjadi sub kontraktor menyelenggara jalan,

“Suspek juga gagal mengemukakan butiran berkaitan dan mengaku bekerja secara tidak sah di Malaysia,” kata PGA Briged Sarawak dalam satu hantaran di laman sosial rasminya.

Menurutnya lagi,  PGA telah merampas kenderaan tersebut bersama 245 liter minyak. Nilai anggaran rampasan adalah sebanyak RM 50,5000.

“Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Lundu bagi tindakan lanjut sebelum direman selama 14 hari untuk siasatan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Imigresen 1959/63,” tambahnya. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!