Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut KD MAHAMIRU bantu padam kebakaran kapal layar

KD MAHAMIRU bantu padam kebakaran kapal layar

by Nor Azlan Mohd Nor

LUMUT, 18 Feb – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah memberi bantuan kepada kapal layar PHOCEA yang mengalami kebakaran di 0.6 batu nautika Timur Laut, di Perairan Pulau Singa Kecil.

TLDM telah menghantar KD MAHAMIRU sejurus mendapat satu panggilan kecemasan dari Markas Wilayah Laut 3 (MAWILA 3) mengenai kebakaran itu.

Seramai tujuh anak kapal PHOCEA telah berjaya diselamatkan dan kerja-kerja memadamkan kebakaran telah dilakukan dengan menggunakan sistem Hydrant KD MAHAMIRU.

Turut serta dalam operasi menyelamat dan memadamkan kebakaran, kapal Jabatan Laut Malaysia MV ZUHAL yang tiba bersama anggota bomba, kapal PA4 Pasukan Polis Marin dan KM TENGGOL milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

KD MAHAMIRU bergerak keluar dari lokasi kejadian bagi meneruskan rondaan Op BENTENG Laut selepas hampir 2 jam mengawal dan memadamkan kebakaran tersebut. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!